Gergasi penstriman dunia, Netflix mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus pada Rabu, lapor Bloomberg.<br /><br />Kejatuhan itu sekali gus menyebabkan nilai pasaran syarikat penstriman berpangkalan di Amerika Syarikat itu merudum lebih 45 bilion dolar iaitu merosot hampir 60 peratus dalam prestasi tahunannya.
